BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMMUALAIKUM WBT


SELAMAT MEMBACA...

iklan sikit

iluvislam

my pet

Wednesday 29 April 2009

apa ni?

salam...
cuba teka apa mknn dalam gmbr di bawah?
hihi



a)mee goreng

b)spageti goreng

c)laksa goreng

d)bihun goreng(yang ni tipu sgt la tu,hihi)

perhatikan betui2...

ye,btui,jwpnnya adalah c)laksa goreng...

hihi,suka nya dgn laksa goreng ni...mesti ada yg rs mcm mmbazir je buat laksa untuk digoreng,mayb ada yg akan kata mcm pelik...
but believe it or not, i 1st tried this laksa goreng at my cousin's engangement kenduri few years back...mmg bes dan sedap la...
and mak pun,kalau ada laksa lebih kat rumah yg xabes,mak akan goreng laksa tu...
of course la kalau guna laksa basah yg beli kat market tu lagi bes, tp guna laksa kering pun ok jugak...
goreng mcm biasa ja,cuma bezanya guna laksa beras instead of mee or spageti...
~minggu laksa~

Tuesday 28 April 2009

kisah laksa dan mp3

salam...
alhamdulillah hari ni selesai sudah mnjawab exam epidemiology. masuk hari ni dah hari ke3 asyik mnghadap laksa yg dimasak pada ahad lepas. penat jugak nak menghabiskan. tp alhamdulillah,teringin makan apa pun,semuanya termakbul...hanya perlu rajinkan diri dan berani mencuba. terima kasih Allah.

ok,sbnrnya laksa ni xsusah pun nak buat(kalau ikut yg tradisional way tu mmg ssh)...sbb kalau ikut mak punya resepi, guna ikan temenung(a.k.a ikan kembung),nak kena rebus dulu,pas2 asingkan isi dgn tulang,nak kena blend tulang tu pas2 tos,pas2 nak kena buat pa lagi ntah...pendek kata remeh la,ataupun dalam bhasa utaranya,RENYAH...hihi

ingat lg masa 1st year kat sini dulu,acap kata nak buat laksa,maka terasa idea tu 1 bnda yg xbole pakai,sbb time tu rs mcm ssh sgt la nak buat laksa ni,ooo,tp rupa2nya ada simplified recipe...hihi
sejak dr tu,mmg laksa ni menjadi antara resepi senang la untuk nak dibuat kalau ada keramaian,sbb bhn pun xbnyk yg perlu guna,+ cpt ja dah pun siap...


p/s:laksa di atas merujuk kpda laksa penang ye...maklumlah wujud bermacam2 jenis laksa kat malaysia

laksa lain yg pnh aku try masak adalah laksa sarawak. tp guna rempah siap je pun,tp tu pun xterer buat. memandangkan aku ni jenis yg sgt malas nak mengikut resepi 1 persatu(kan xpsl2 kena sound,hihi) maka,laksa yg sepatutnya ayam tu dicarik2,menjadi laksa yg ada isi ayam rebus je kat dlmnya,huhu(maapkan daku mengalter resepi itu)

so sesaja la nak share resepi laksa penang y g simple ni...(walaupun tau ramai yg mesti lg pndai buat)
p/s:resepi ni saja ja suka2 aku ltk kat myresepi.com ....kalau rajin,bole la tgk,hihi...saja ngada suka2 nak share

Bahan-bahan

  • satu tin sardin (tanpa sos tomato/kosong)
  • bahan-bahan blend :
  • 1 labu bawang besar
  • segenggam cili kering, direbus dahulu (ikut suka tahap pedas yg disukai) - kalau xcukup cili kering,boleh la tmbh dgn serbuk cili sahaja
  • seketul belacan (sy guna lebih kurang saiz 4x4x0.5cm) -kalau xdak belacan,boleh ganti dgn udang kering
  • sedikit serbuk bunga kantan(jika ada)
  • 4 keping asam gelugor dan air
  • garam secukup rasa
  • setengah paket spageti(sbg ganti kpd laksa)-direbus bersama sedikit minyak
  • sedikit timun,hirisan bawang besar,nenas,cili merah dan limau nipis(atau lemon) sebagai hiasan

Cara-cara

  1. blend bawang besar, cili kering(@serbuk cili), belacan(atau udang kering) bersama sedikit air
  2. kemudian masukkan isi sardin ke dalam blender dan blend, tp jgn sampai terlalu lumat
  3. tuang semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk. tambah la gi air sehingga kuah tidak terlalu pekat.
  4. masukkan asam gelugor ke dalam periuk. tambah garam,serbuk bunga kantan. biarkan sehingga menggelegak.
  5. di dalam periuk lain,rebus spageti
  6. apabila kuah telah menggelegak, boleh la dihidangkan bersama spageti dan dihias bersama bahan hiasan. perah limau untuk lebih sedap. tadaaa....siap sudah

penat jugak nak menghabiskan laksa ni...:-))

ok,ini lah mp3 yg disayangi,tp kadang2 dianaktirikan jugak,sbb malas nak mengecas selalu...inilah dia peneman studiku...:-p

ini adalah mp3 kedua aku,sebelum ni ada 1 yg tiba2 ja dia crash atas sbb2 yg xdikenalpasti.
yang ni pun penah jugak rosak atas sbb2 yg DIKENALPASTI...haha,jatuh dalam toilet lps 2-3 bulan beli...peristiwa jadi di paris,cuak jugak la...dah la itu ja hiburan yg ada masa jalan2 dl...huhu

lps jatuh dlm lubang tu,cpt2 amik balik(walaupun time tu tgh mamai baru bgn tido,ntah mcm mn mp3 tu boleh ikut sekali pegi toilet pun xtau,huhu)...kalau korang,amek balik x?huhu...dat was just my spontaneous reflex la,haha
then,bila try bukak balik,mmg out dah pun...mmg dah redha
but then when i was back in moscow, my fren(2b specific,maddie) bgtau yg she has read somewhere that by putting ur device in rice for several times,they can absorb d water from it,n ur device can start 2work again. kiranya mcm peram mp3 tu dalam beras la(tp lps tu jgn guna dah la beras tu,dah tercemar,uhuks)
i tried this method for like a month kot,n i worked out for my lil poor mp3...then when dayah's enset mngalami kejadian yg sama,i told her 2 try d same thing,but unlucky for her sony ericcson...~sigh

so,up till now,after like 1,5 years, my mp3 has been with me,accompanying me to class,n while i'm studying...
i love my mp3... :-p

Friday 24 April 2009

laskar pelangi

salam



hari ni nak berkongsi 1 movie indonesia ni...tajuknya LASKAR PELANGI...
bkn kisah cinta, tp kisah ttg kegigihan anak2 miskin di pulau bellitong(kalau xslh,mcm ni la ejanya) pada zaman 70-an,zaman di mana pulau ini kaya dgn bijih timah,tp hanya dimonopoli oleh sekelompok sahaja. jadi ramai lah anak2 dr golongan miskin yg xmampu bersekolah, dan ada berpendapat, yg tidak guna belajar,kerana akan end up jadik 'kuli' juga.
tp atas kegigihan dua org guru, bu muslimah dan pak arfan(kalau xsilap nama), mereka mgambil pelajar dgn upah yg murah. sekolah ni based on pelajaran budi pekerti, di selit dgn sejarah2 islam,etc.
sebak, berlinang air mata tgk cerita ni. pada awal cerita, untuk dibolehkan mengajar, sekolah ni memerlukan minimum 10 org pelajar, mujur di saat2 akhir dtg seorg pelajar istimewa memnuhi kuota 10 org itu.
bnyk liku2 dihadapi,banyak jugak adegan2 menarik...
ada jugak kisah lintang yg genius,tp terpaksa berhenti belajar disebabkan ayahnya yg hilang di lautan. ada jugak kisah ikal yang jatuh cinta dgn seorg budak cina disebabkan kukunya yg cantik(???apakah???) dan mngejar cita2 nya ke kota paris. ada jugak kisah mahar yg kreatif dan mengkoreografikan tarian yg mmbolehkan mereka memenangi piala pertama mereka.
pnjg la pulak kalau nak bercerita penuh,boleh la tonton sendiri...



"setiap warga berhak mendapat pendidikan'' -ayat di penghujung movie ni... :-))

Wednesday 22 April 2009

wanita

salam...

artikel ni ditulis dalam blog kawan,intan...rasa nak share dgn org lain...

10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Israk Mikraj

Peringatan bersama..khas buat kawan-kawan..muslimah yang disayangi..

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan:

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana
(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula
(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan
dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat
dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu
mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu
dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.


Selain itu, Baginda melihat
(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat
(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah
(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang
(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Gerun..!nau'zubillahiminzaalik..

Wallahua'lam..Moga hati ini dan hati2 yang lain mendapat pengajaran dr artikel ni...jom sama2 perbaiki diri...

p/s:tenkiu intan bnrkan perng'copypaste'an ini berlaku...hihi

Tuesday 14 April 2009

hepi besday mak...syg mak :-))

salam...
hari ni 14 april...
selamat hari lahir buat mak tersayang...
an sayang mak...
:-)

semoga sihat selalu, bahgia selalu dan sentiasa berada di bawah lindunganNya...

muahhxx mak...!!!

sleepy, study?

salam...
sleepy already,but still need to study...huhu,padan muka,sapa suruh asyik buang masa dr td...
i wasted my time a lot lately, blame it on facebook n all d quizzes...huhu :-(((
but still i have to blame myself also, for not having enough will and my failure to control myself, and to make use of my time properly...
oleh sbb bnyk sgt kuiz2 yg terpampang kat situ, rs tempting untuk buat,n nak tau apa result yg akan fit my answers...walaupun kkdg tu merapu je pun kuiz tu...:-P

ok...

i'm planning to go to egypt,when???this weekend...haha,this is not a joke...kbtulan ada cuti yg pnjg smpena cuti hitler nnti( aik, kenapa kat russia ada cuti hilter?ada kaitan ke?bkn hitler dah lama mati ke?bkn hitler jht ke?) nnti la tulis psal cuti hitler ni...btw, isnin,selasa,rabu dpn cuti...i hope xdak kls sabtu nnti...xtau lagi mcm mn,tp arap2 ada rezki la...

ok,nak sambung baca pasal mknn baby...

wslm

Monday 6 April 2009

perjalanan hidup pada 6 april 2009

salam...
mari list down apa yg dah di buat dr pg td sehingga pukul 9.22pm ni...

1. bangun pg, smbhyg subuh, tido balik, mandi
2. pegi kelas, balik kelas
3. pegi makan secara berjemaah kat east buffet...(kenyang giler,alhamdulillah,hihi,gmbr akan di upload kemudian)
4. balik ke hostel dgn perut kenyang giler, smbhyg zuhur jemaah, smbhyg asar jemaah
5. pegi bilik vietnam nak amek fotostat,tp jadik bad mood sbb dia xdak kat bilik
6. berfacebooking,vietnam kol,pegi amek fotostat,sggh bilik 501 n 502 antar krts fotostat
7. balik bilik dgn niat nak studi
8. ym dgn syamsi, terkutuk seseorg(sori kalau anda terbaca entry ni,huhu)
9. sembhyg maghrib jemaah, baca Quran, nak sambung studi
10. berfacebooking, tulis blog

skrg 9.27pm,dah siap tulis list, tp ada bnda2 yg xtulis,sbb xbrapa penting

td duk pikir2 apa yg nak ditulis, lps2, teringat pesan ustaz amin, supaya cuba recall balik apa yg kita buat spnjg hari, dan dr situ, kita akan sedar dan rs bersyukur dgn nikmat2 yg Allah kurniakan. menurut kata ustaz lg, cuba untuk mngucapkan syukur dalam bahasa melayu(sbb kita lebih phm bahasa sndiri, dan kita lebih maksudkan bila guna bahasa sndiri), so baru nak cuba untuk buat hari ni, smoga hari2 lps ni akan lebih istiqamah( sy mmg ssh nak istiqamah, xkonsisten)...syukur pada Allah,aku bgn pada pagi ni masih bernyawa,masih dlm nikmat islam dan iman, masih dpt menghirup udara(free ja,xpayah byr), masih cukup serba serbi, masih ada keluarga tersayang, masih dpt makan bes2, masih ada tmpt tggl, etc,etc...xcukup 1 page rsnya nak list down semuanya...syukur,syukur,syukur,alhamdulillah...

tp kalau tgk balik list2 kat atas tu,kan...belum cukup mengikuti the way of life yg sepatutnya,kan(islam is d way of life)? siap ada kutuk2 org lg,xbaik tu(huhu,mengutuk diri sdiri skrg ni),pas2 ada jugak bnda2 x elok yg lain dibuat sbnrnya(tp xpayah lah nak bukak aib sendiri,kan...huhu) mohon Allah pelihara hati ini dr perkara2 mazmumah...ameen... :-)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (surah ar-Rahman : 21)


p/s untuk diri sdiri : la tahzan, ssgghnya apa yg jadi x akan sia2, pasti ada hikmahnya...





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




wallahualam

Sunday 5 April 2009

lets do some cookings...

salam...
weekend kali ni, mood memasak dtg la pulak...banyak btui resepi yg dicuba, mmg hobby btui la...
mmg bes msk2 ni, tp payahnya bila dah masak tu, kena la makan, bila dah makan tu, jgn la nak bersungut berat naik la,apa la....hihi, dats juz d nature's rule...bila dah makan bnyk, phm2 sdiri la...

oleh sbb ada tepung kastard yg bawak dr malaysia, n i barely use d flour, so, alang2 dah ada mood nak masak, i came up with d idea of making puding kastard...n ada strawberi yg beli ari2, so, guna je la, buat hias sikit2...hihi,konon je...

puding kastard strawberi...ngeeheee...:-))

pas2, mmg ada 1 resepi ni, mmg dah lama teringin nak cuba...1 first saw this recipe on self.com, konon2 la time tu nak cari resepi yg low calories, haha... resepi ni xguna tepung nor butter, instead dia guna gula yg agak bnyk sbnrnya(mayb boleh kurangkan kot,sbb agak manis), white eggs only, walntus and cocoa powder... but d result was quite hampeh sbnrnya...most of d cookies got burnt(haha), n d survived ones actually tasted like brownies...hihi...lawak seh...
oo,from self.com tu, dia redirected kita ke website ni, lunacafe, website ni menarik, sbb resepi2 nya ada banyak gmbr n method pun sgt details... i don really recommend these cookies' recipe, but u can try it if u feel like to... 1 is bcoz once d cookies cool down, they got sticked on d aluminium foil, when i managed to pull them, d round shape had gone, all were broken apart alredi,huhu...

so, to check out the recipe of Bittersweet Chocolate & Toasted Walnut Cookies Perfecta Mundo!, click here
in d making :

The batter, actually it shud be kept for a night, to make sure that d consistency is thick enuf to prevent it from dispersing while in oven, but i cudnt wait that long...layan je

in the oven

still hot n warm...hihi, ni time blum detach dr aluminium foil, dats y it's still in shape...huhu
after being detached... xdak rupa cookies dah pun...uhuk3

slightly burnt...:-((

then, hari ni, buat karipap jugak... dah lama xbuat karipap, dah x ingat brapa sukatan yg btui...so telefon mak td, untuk tnya apa resepi mak...
mak ckp, kalau untuk bakar, tepung:butter = 2:1, tp kalau untuk nak goreng, butter kurangkan, coz nanti akan rs sgt berminyak...so,jadinya untuk goreng tu, secawan tepung, guna 2 susu besar butter.. pas2 gaul2kan butter n tepung gandum tu, then masukkan air sejuk( dr peti ais ke), bole jugak tmbh grm, the
n uli sampai xlekat kat tgn dah... siap untuk pastri...
untuk inti, td buat 2 jenis inti, 1)sardin 2)kari ayam kent
ang

mcm tamak,kan?huhu...xda,bukan makan sorang2 pun...so,xpa la banyak pun...

karipap...bentuk x sekata...saiz apa ntah lg...

alhamdulillah, terima kasih Allah untuk nikmat yg x terhingga ini...

p/s: sume gambar kredit kpd kamera dayah...spasiba balshoe...

Saturday 4 April 2009

i've been tagged...by dayah

salam... saja main tagging di hujung minggu...
:-))
i've been tagged by dayah...:-p (sori dayah,lambat siapkan...hihi,intenet buat hal ari2,seyes xtipu,pas2 dah terlupa la bila dah stat kls...huhu)

Rules:

1. The Rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below.
2. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
3. After that tag 12 people.


1. The age of my next birthday : twenty three


2. The place I would like to travel to : Iskandariah (Alexandria), Egypt

3. The favorite place : my bed


4. The favorite food : ayam goreng mamak


5. The nickname I had : Raihan


6. The favorite colour : Brown


7. The city I live in (For now) : Moscow



8. The city I was born in : Bukit Mertajam



9. College Major : Medicine


10. Bad habit : Eating heartily (i dunno how this pic connects to eating heartily, but it's d game's rule...hihi)



11. Hobby : Sleeping (i dunno if this actually counts as a hobby,huhu, i think it becomes hobby when u do it everytime u have free time, rite?)
TE
12. Wishlist : Watch



so, whoever feels like doing this tagging game...please do so...coz i noe many of my frens dun have a blog, n mayb d one with blogs dun feel like doing this..so, it's all up to u...
mayb d purpose of this game is juz for ur frens 2get to noe u better, or for new peepz 2noe surface stuff 'bout u...dunno...

tenkiu, daa...

Friday 3 April 2009

basil pesto...nyummy...

salam...
owh,mesti ada yg pelik knapa hari ni sampai 3 entry ditulis...hihi...
dtg mood nak menulis,agaknya,dah lama ditangguh, tp bnyk yg nak di share...
ok,arini,2nd attempt masak resepi ni...1st time makan di rome dulu,mmg terkenang2 rasanya...sdp menjilat jari,alhamdulillah...:-)) so,bila balik ke moscow ni,rs teringin nak makan sggh2,so cari la dalam intenet, walaupun xsure apa nama nya...so,slps bbrapa lama menggoogle-->dpt la namanya--basil pesto sauce...boleh la google sendiri ya...

yang hijau tu basil pesto spagetti...sdp nyum3-->gambar ni yg kitorg makan kat rome tu...

tada...
1st time masak...hancur,tp telan je...

xjadik,hihi...bau pun xbes...yang ni guna basilik kering...time tu xjumpak lg yg freshnye...

2nd time masak,alhamdulillah...jadi...

ok, yang ni tggl sikit ja,sbb syok sgt mkn sampai lupa nak amek gambar...

jumpak resepi ni kat sini(klik sini) boleh ikut resepi ni,siap ada video lagi... alhamdulillah...try la,insyaAllah sdp...
p/s:ada ubah sikit2 resepi ni..
1. xguna olive oil,tp guna sunflower oil je...
2. pine nuts xtau apa dlm bhasa melayu...tp kalau dlm bahasa rusia = кедровый орех
3. basil leaves mcm ssh nak jumpak..tp xsdp kalau guna basilik yg kering tu, dah try 1st time
4. guna blender, shh nak hancur...kena guna food processor jugak kot...
5. mcm lebih sng kalau guna srbuk bawang putih je,sbb ssh nak lumat bawang putih tu...

yay!!!nak makan lg...tp gumuk la,sbb guna cheese...(^-^)

bon appetita...
ya lyublyu

video to share

salam...
this is 1 of many collections of SHAYTAN (or in malay we pronounce syaitan or setan), which can be found in youtube.com.. as a reminder to us, that syaitans are the worst enemy ever, a'duwummubin( musuh yang nyata)..juz wanna share with u all..moga dpt iktibar...



wallahualam

fiqh perubatan...bersama ustaz amin

salam...
dah lama rsnya budak2 moscow xterima pengisian dr org yg betul2 bergelar ustaz. bila dtg je ustaz amin, semua pun rs berkobar2 nak dgr pengisian dr beliau. ustaz amin kebetulan ada di moscow ni untuk menjadi pensyarah jemputan di MGU(MOscow State University). jadi pada 21 MAc 2009,PPIM-RSC telah menganjurkan sepetang bersama ustaz amin, mmbincgkan tajuk 'Fiqh dalam perubatan moden'. Tajuk yg menarik utk pelajar2 perubatan, namun ada juga topik2 berkenaan ibadah dan aqidah yg dibincangkan. soalan2 yg dtg dr pelajar2 pun xkurang hebatnya.

untuk berkongsi, jom kita tgk secara rumusannya apa itu fiqh perubatan...(ini dr handout yg diberi hari tu)

fiqh perubatan- 1 perbahasan mngenai perubatan melalui al-Quran dan hadith.

i. Perubatan dan akidah
a) konsep penyakit di dalam islam
b)menghilangkan syirik di dalam perubatan
c)konsep tawakal dan usaha

ii.Perubatan dan syariah
a)bagi pesakit, spt solat, puasa, haji, etc
b)bg pngamal perubatan spt solat, puasa, etc
c)di antara pesakit dan pngamal perubatan spt memilih utk meneruskan rwtn atau mnghentikannya, tpaksa berijtihad utk memotong anggota, aurat, sentuhan, wudu' etc
d)bg masyarakat spt derma darah, derma organ, etc
e)bg kaedah dan jenis rawatan yg digunakan spt mnggunakan perkara haram di dalam perubatan, pembedahan plastik, botox, mengasah gigi, kuku, etc
f)bg pemerintah iaitu mnyediakan keperluan perubatan etc

iii.Perubatan akhlak serta adab
a)etika pengamal perubatan dgn pesakit
b)etika pesakit dgn pengamal perubatan
c)etika masyarakat pada kedua2 golongan di atas

ok,itu dr kertas yg diberi... banyak lg perkara yg saya dpt dr petang itu...

jom tgk...

1. Ustaz menyatakan yang penyakit itu juga adalah makhluk Allah. Sakit ni dtg, kerana Allah nak menguji hambaNya, mana yang paling baik amalannya. Adakah dgn sakit hambaNya akan semakin dekat atau jauh dgn Allah? Kita lihat diri sendiri, muhasabah diri sendiri, adakah kita menganggap sakit tu sebagai musibah ataupun sebagai satu ujian dr Allah, untuk menjadikan kita hamba yg bersabar.

2. Kita sebagai makhluk Allah di suruh untuk berusaha, tetapi perlu disematkan dlm hati dan menyakini, bahwa yang menyembuhkan itu, hanyalah dgn kuasa dan keizinan Allah. Sebagai contoh, diberi tahu kpd para hadirin yg hadir ttg kisah Nabi Adam a.s.
Suatu hari, Nabi Adam a.s sakit perut, lalu Nabi Adam a.s memohon kepada Allah untuk menyembuhkan sakit itu. Lalu Allah menyuruh Nabi Adam mengambil daun dr sepohon pokok untuk dijadikan penawar. Lalu dgn izin Allah, sakit itu pun hilang. Pada hari yang lain, Nabi Adam a.s sekali lagi sakit perut, lalu terus pergi ke pohon tersebut untuk mengambil daun bg dijadikan penawar, namun tidak berjaya menghilangkan sakit itu. Nabi Adam a.s pun bertnya kepada Allah, mengapa sakitnya tidak hilang. Allah menyatakan yg pada kali yg pertama itu, Nabi Adam a.s memohon kepada Allah untuk menyembuhkan, lalu Allah mengkabulkan permintaan Nabi Adam a.s. Ini jelas menunjukkan yang hanya Allah sahaja yg mampu menyembuhkan hambaNya. Walaupun Nabi Adam mnggunakan cara yg sama, namun semuanya hanya berlaku dgn izin dr Allah. Ini yg harus disematkan dlm pemikiran setiap umat Islam.

3. Pesakit yang sakit harus berusaha untuk mencari penawar di samping memohon dr Allah. Ini bersamaan dgn konsep Usaha, Doa dan Tawakal. Dgn berusaha, kita akan mendapat keredhaan dr Allah. Biarpun mungkin hasil yg kita dpati xsama dgn kita harapkan, tp yg pasti, dgn usaha td, kita telah mendapat keredhaan Allah. Mungkin hasil yg kita dpat bukan yg kita harapkan, tp mungkin sbnrnya itu yg terbaik buat kita. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Jadinya, kita boleh cakap dgn makcik2 yg sakit nanti, ''makcik, kena usaha makan ubat tau, insyaAllah, Allah akan sembuhkan...'' lebih kurang gitu lah.

4. Ustaz jugak menekankan untuk budak2 medik untuk praktis dpn cermin untuk ckp benda2 yg bersifat dakwah, seperti mengajar mengucap (bisikkan terus Ashadu allailahaillah, washhaduanna muhammadurrasulullah, bukan hanya sekadar berkata, 'makcik, mengucap makcik...:-)) kepada yg sedang nazak, dan sebaik2nya memegang tangan org yg sedang nazak dan mengucapkan benda2 yg baik, ini sunnah Rasulullah s.a.w menurut ustaz.

5. Kalau perubatan tu berdasaran ilmu, boleh diamalkan. contohnya, makan antibiotik, kita tahu dari segi medical nya, antibiotik tu membunuh bakteria yg jahat dan memudaratkan kita, so kita makan sbg satu usaha untuk sihat, tp kena ingat, yang bukan antibiotik tu yg sembuhkan kita, tp HANYA ALLAH YANG MENYEMBUHKAN. Tapi kalau berdasarkan cuma kpd kepercayaan, kita xboleh amalkan, sbb akan mudah dipesong hati oleh syaitan. contohnya macam kayu kokka.
contohnya lg yg ustaz bg cnth psl mandi bunga. 1970, dikeluarkan fatwa mengharamkan mandi bunga, tp skrg ada kajian menyatakan yg mandi bunga boleh keluarkan aura2 yg baik, tp saya xsure apa hukumnya skrg. mungkin nanti boleh rujuk balik dgn ustaz. Sesungguhnya Allah xmenjadikan satu benda itu sia2. Tp sangka2 itu x akan memenuhkan keperluan.


ustaz amin menyampaikan pengisian

sebahagian dr muslimin dan muslimat yg hadir

makanan yg disediakan oleh PPIM-RSC..nyum2,sdp,alhamdulillah...

oopps, xsabar2 dah nak makan..hihi



video yg sempat di ambil...