BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMMUALAIKUM WBT


SELAMAT MEMBACA...

iklan sikit

iluvislam

my pet

Friday, 26 December 2008

salam maal hijrah...

assalammualaikum...

pejam celik,pejam celik,dah setahun rupanya...lagi 4 hari,dtg lah tahun baru 2009Masihi...dalam xsedar, rupa2nya dalam 2-3 hari lagi jugak kita bakal menginjak ke 1430H...1 muharram,awal muharram,maal hijrah,apa saja nama yg kita gunakan...mulanya tahun hijrah ni disebabkan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat2 ke Madinah dr Mekah pada tahun 622Masihi...jangan tanya kenapa 1430+622 tak sama dgn 2009...ini disebabkan peredaran bulan mengelilingi bumi lebih pendek dr pergerakan bumi mengelilingi matahari...(saja letak sains sikit kat sini)...


kalau tahun baru selalunya org buat azam, tahun baru hijrah ni selalunya dikaitkan dgn penghijrahan...selalunya ditekankan berhijrah dr yg buruk kepada yg baik...yg baik kepada yg lebih baik...tp selalunya setiap tahun pun berazam,tp azam (merujuk kepada azam sendiri) jarang sekali kesampaian...xkisah la azam apa pun,nak jadik lebih baik,nak kuruskan badan,nak beli itu,nak beli ini...:-p hanya hangat2 tahi ayam di awal tahun,lps tu jadi suam-suam kuku je pun azam tu...rasanya azam tahun ni adalah meneruskan azam tahun lepas...tak lebih dari itu,sbb yg dulu pun masih belum tercapai...

dari sejak kecil lagi,setiap kali tiba tahun baru(yg dimaksudkan adalah awal muharram),arwah mak tok sentiasa ingatkan untuk baca doa awal dan akhir tahun...masa tu,kita ikut saja lah,dah benda baik,xkan lah nak bantah pulak...skrg pun masih amalkan jugak(kekadang hampir terlupa yang sebenarnya dah nak masuk tahun baru hijrah,gara2 sibuk dgn hal duniawi,astaghfirullah)...namun skrg kan bnyk org bicarakan soal bidaah...so,kalau ada yg bminat,boleh la baca artikel ni, sggh menarik bg pndpt sy...kat sini sy ltk kesimpulannya sajalah :
Kesimpulan:
Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Doa

Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


p/s:di copy paste dr http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html

walau apa pun,mesti setiap dr kita hendakkan buku amalan tahun ni ditutup dgn amalan2 yg baik,dan dimulakan dgn amalan2 yg baik jugak,agar kita lebih bsemangat utk buat amalan2 yg baik2 je sepanjang tahun(sbg motivasi)
akhir kalam...selamat menyambut tahun baru 1430H dan 2009M...semoga hidup kita semua diberkati olehNya...semoga hari ini lebih baik dr kelmarin,dan esok lebih baik dr hari ini...


Dapatkan ecard NasyidFM Disini

0 comments: