BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMMUALAIKUM WBT


SELAMAT MEMBACA...

iklan sikit

iluvislam

my pet

Friday, 3 April 2009

fiqh perubatan...bersama ustaz amin

salam...
dah lama rsnya budak2 moscow xterima pengisian dr org yg betul2 bergelar ustaz. bila dtg je ustaz amin, semua pun rs berkobar2 nak dgr pengisian dr beliau. ustaz amin kebetulan ada di moscow ni untuk menjadi pensyarah jemputan di MGU(MOscow State University). jadi pada 21 MAc 2009,PPIM-RSC telah menganjurkan sepetang bersama ustaz amin, mmbincgkan tajuk 'Fiqh dalam perubatan moden'. Tajuk yg menarik utk pelajar2 perubatan, namun ada juga topik2 berkenaan ibadah dan aqidah yg dibincangkan. soalan2 yg dtg dr pelajar2 pun xkurang hebatnya.

untuk berkongsi, jom kita tgk secara rumusannya apa itu fiqh perubatan...(ini dr handout yg diberi hari tu)

fiqh perubatan- 1 perbahasan mngenai perubatan melalui al-Quran dan hadith.

i. Perubatan dan akidah
a) konsep penyakit di dalam islam
b)menghilangkan syirik di dalam perubatan
c)konsep tawakal dan usaha

ii.Perubatan dan syariah
a)bagi pesakit, spt solat, puasa, haji, etc
b)bg pngamal perubatan spt solat, puasa, etc
c)di antara pesakit dan pngamal perubatan spt memilih utk meneruskan rwtn atau mnghentikannya, tpaksa berijtihad utk memotong anggota, aurat, sentuhan, wudu' etc
d)bg masyarakat spt derma darah, derma organ, etc
e)bg kaedah dan jenis rawatan yg digunakan spt mnggunakan perkara haram di dalam perubatan, pembedahan plastik, botox, mengasah gigi, kuku, etc
f)bg pemerintah iaitu mnyediakan keperluan perubatan etc

iii.Perubatan akhlak serta adab
a)etika pengamal perubatan dgn pesakit
b)etika pesakit dgn pengamal perubatan
c)etika masyarakat pada kedua2 golongan di atas

ok,itu dr kertas yg diberi... banyak lg perkara yg saya dpt dr petang itu...

jom tgk...

1. Ustaz menyatakan yang penyakit itu juga adalah makhluk Allah. Sakit ni dtg, kerana Allah nak menguji hambaNya, mana yang paling baik amalannya. Adakah dgn sakit hambaNya akan semakin dekat atau jauh dgn Allah? Kita lihat diri sendiri, muhasabah diri sendiri, adakah kita menganggap sakit tu sebagai musibah ataupun sebagai satu ujian dr Allah, untuk menjadikan kita hamba yg bersabar.

2. Kita sebagai makhluk Allah di suruh untuk berusaha, tetapi perlu disematkan dlm hati dan menyakini, bahwa yang menyembuhkan itu, hanyalah dgn kuasa dan keizinan Allah. Sebagai contoh, diberi tahu kpd para hadirin yg hadir ttg kisah Nabi Adam a.s.
Suatu hari, Nabi Adam a.s sakit perut, lalu Nabi Adam a.s memohon kepada Allah untuk menyembuhkan sakit itu. Lalu Allah menyuruh Nabi Adam mengambil daun dr sepohon pokok untuk dijadikan penawar. Lalu dgn izin Allah, sakit itu pun hilang. Pada hari yang lain, Nabi Adam a.s sekali lagi sakit perut, lalu terus pergi ke pohon tersebut untuk mengambil daun bg dijadikan penawar, namun tidak berjaya menghilangkan sakit itu. Nabi Adam a.s pun bertnya kepada Allah, mengapa sakitnya tidak hilang. Allah menyatakan yg pada kali yg pertama itu, Nabi Adam a.s memohon kepada Allah untuk menyembuhkan, lalu Allah mengkabulkan permintaan Nabi Adam a.s. Ini jelas menunjukkan yang hanya Allah sahaja yg mampu menyembuhkan hambaNya. Walaupun Nabi Adam mnggunakan cara yg sama, namun semuanya hanya berlaku dgn izin dr Allah. Ini yg harus disematkan dlm pemikiran setiap umat Islam.

3. Pesakit yang sakit harus berusaha untuk mencari penawar di samping memohon dr Allah. Ini bersamaan dgn konsep Usaha, Doa dan Tawakal. Dgn berusaha, kita akan mendapat keredhaan dr Allah. Biarpun mungkin hasil yg kita dpati xsama dgn kita harapkan, tp yg pasti, dgn usaha td, kita telah mendapat keredhaan Allah. Mungkin hasil yg kita dpat bukan yg kita harapkan, tp mungkin sbnrnya itu yg terbaik buat kita. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Jadinya, kita boleh cakap dgn makcik2 yg sakit nanti, ''makcik, kena usaha makan ubat tau, insyaAllah, Allah akan sembuhkan...'' lebih kurang gitu lah.

4. Ustaz jugak menekankan untuk budak2 medik untuk praktis dpn cermin untuk ckp benda2 yg bersifat dakwah, seperti mengajar mengucap (bisikkan terus Ashadu allailahaillah, washhaduanna muhammadurrasulullah, bukan hanya sekadar berkata, 'makcik, mengucap makcik...:-)) kepada yg sedang nazak, dan sebaik2nya memegang tangan org yg sedang nazak dan mengucapkan benda2 yg baik, ini sunnah Rasulullah s.a.w menurut ustaz.

5. Kalau perubatan tu berdasaran ilmu, boleh diamalkan. contohnya, makan antibiotik, kita tahu dari segi medical nya, antibiotik tu membunuh bakteria yg jahat dan memudaratkan kita, so kita makan sbg satu usaha untuk sihat, tp kena ingat, yang bukan antibiotik tu yg sembuhkan kita, tp HANYA ALLAH YANG MENYEMBUHKAN. Tapi kalau berdasarkan cuma kpd kepercayaan, kita xboleh amalkan, sbb akan mudah dipesong hati oleh syaitan. contohnya macam kayu kokka.
contohnya lg yg ustaz bg cnth psl mandi bunga. 1970, dikeluarkan fatwa mengharamkan mandi bunga, tp skrg ada kajian menyatakan yg mandi bunga boleh keluarkan aura2 yg baik, tp saya xsure apa hukumnya skrg. mungkin nanti boleh rujuk balik dgn ustaz. Sesungguhnya Allah xmenjadikan satu benda itu sia2. Tp sangka2 itu x akan memenuhkan keperluan.


ustaz amin menyampaikan pengisian

sebahagian dr muslimin dan muslimat yg hadir

makanan yg disediakan oleh PPIM-RSC..nyum2,sdp,alhamdulillah...

oopps, xsabar2 dah nak makan..hihi



video yg sempat di ambil...

0 comments: