BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMMUALAIKUM WBT


SELAMAT MEMBACA...

iklan sikit

iluvislam

my pet

Saturday 14 February 2009

food for the soul

Cerita-cerita motivasi untuk Iman
Assalamualaikum...
'Kain tebal dan Gelas air'
Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Nabi Muhammad. Lelaki itu daripada kalangan orang Ansar, iaitu penduduk asal kota Madinah. Lelaki itu meminta sedekah daripada Nabi Muhammad sedangkan dia mampu mencari kerja.
"Apakah sudah tiada apa-apa lagi di rumah saudara?" Nabi Muhammad bertanya.
"Ada, tuan. Sehelai kain tebal dan sebiji gelas air" jawabnya.
"Bawalah ke mari barang-barang itu" kata Nabi Muhammad kepadanya.
Lelaki itu segera pulang ke rumah. Kemudian dia kembali menemui Nabi Muhammad dan menyerahkan barang itu.
"Ada sesiapa hendak beli dua barang ini?" tanya Nabi Muhammad kepada orang ramai.
"Saya, tuan. Dua dirham" sahut seorang lelaki, dia menerima tawaran Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad menerima tawaran lelaki itu. Kain tebal dan gelas dijual kepadanya. Kemudian Nabi Muhammad menyerahkan dua dirham itu kepada lelaki Ansar tadi.
"Belilah makanan dengan satu dirham untuk diri saudara dan keluarga saudara. Satu dirham lagi, belilah sebilah kapak. Lepas itu, bawakan kapak itu kepadaku" perintah Nabi Muhammad
Lelaki itu segera melakukan seperti arahan Nabi Muhammad. Selepas itu dia datang membawa kapak, Nabi Muhammad memegang sebatang kayu dan menyerahkan kapak itu kembali kepada lelaki itu.
"Pergilah cari kayu api kemudian jualkan. Jangan saudara datang menemui saya selama 15 hari" perintah Nabi Muhammad lagi.
Dengan sebilah kapak di tangan, lelaki itu keluar mencari kayu api untuk dijualkan. Lima belas hari berlalu, dia datang kembali menemui Nabi Muhammad. Kali ini, dia memperoleh 10 dirham hasil jualan kayu apinya. Dia mengambil lima dirham bagi membeli pakaian dan lima dirham lagi bagi membeli makanan. Semasa lelaki itu datang hendak menemuinya, Nabi Muhammad menasihatinya dan semua orang ramai yang ada di situ.
"Bekerja itu lebih baik daripada saudara meminta-minta. Perbuatan meminta-minta itu menjadi titik hitam pada wajah saudara pada hari kiamat nanti" kata Nabi Muhammad.
Perbuatan bekerja demi mencari rezeki halal adalah perkara yang mulia. Ia bukan saja memudahkan kehidupan malah harga diri terjaga. Tuhan menjamin kebahagiaan bagi orang-orang yang bekerja mencari rezeki halal.
Petikan dari Buku Cerita-cerita Motivasi untuk Iman
Karangan: Ainol Khusyairi Radzi.

p/s:copy paste dr kawan...semoga jadi iktibar...bkn badan je perlu makan,rohani pun nak jugak...(tiada hak cipta terpelihara dalam mengingati,kan...) :-))

2 comments:

irshadian said...

raihan, template dah cantik, tapi kale font kena tukar la,tak nampak la nak baca pon susah.

raihan said...

xle tukar la amal.mmg dah template dia gitu,huhu...