BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMMUALAIKUM WBT


SELAMAT MEMBACA...

iklan sikit

iluvislam

my pet

Saturday 21 November 2009

cerita melayu dan pengajaran yang bole diambil

salam
jumaat,mmg hari yg bes...+ dpt tgk nur kasih,mmg drama bersiri yang sangat bes la...:-)))
SANGAT SUKA...walaupun jalan cerita nya agak complicated, tp ditunjukkan cerita kasih sayang dan pengorbanan, dr seorang ibu, seorang abang, dan isteri...
meleleh2 air mata tgk cerita ni,especially skrg la...yang mana semua orang ingat adam dah meninggal,kecuali nur je yg kuat kata hati mengatakan adam blum mati...:-))
rasanya mcm semua orang pun tgk kot nur kasih ni,mmg fenomena abes la kat msia, dan untuk students msia kat oversea...tp bes laa lg tgk kat computer,streaming,coz bole skip iklan...baru bole feel,kalau tgk kat tv,xsempat nak feel,dah iklan,iklannya tu pulak,pnjg lebar...hehe...

ok,kat sini sbnrnya nak promot 1 lg citer melayu,yang ni tayang kat astro,sempena bulan ramadhan sbrnya(iye,dah lapuk,cuma baru perasan kewujudan citer ni,dan sangat lah bes)-->yang ni pun sebesen air mata meleleh2,huhu...sgt mengharukan...

ni OST dia,+ trailer, lagu dia pun bes



nak tgk,bole klik link ni--->link to antara garisan

sinopsis:
cerita ni mengisahkan seorang ustaz muda ni,yang dtg ke sebuah kampung. dan di ajak untuk berjihad oleh 2 orang pemuda kampung ni,memandangkan banyak kejadian maksiat berlaku. kat kampung ni pun ada pak imam,tp pak imam ni lebih kepada pendekatan secara lembut dan berhikmah. nak dijadikan cerita,kat kampung ni tinggal la seorang perempuan,bernama ayu,yang berkerja sbg GRO,tp ikhlas membesarkan sepupunya yg anak yatim, bernama wida. wida ni digmbrkan sbg bdk baik,dan xnak ambil duit hasil GRO kakaknya tu. dan ustaz ni pun ada la nampak gaya2 macam sukakan wida ni.peak cerita ni,bila wida cerita kat ustaz tu yang ayu mengandung anak luar nikah,jadi ustaz dan pengikut2nya (termasuk lah hattan,yang selalu mengiyakan naluri ustaz tu) pun pergi la menyerang untuk halau ayu tu dr kampung...lepas tu,ustaz ni pun rs mcm bangga diri,atas nasihat hattan yang mengatakan diorang2 ni sbg golongan terpilih.ustaz tu pulak,ajak wida tu duduk kat rumah dia(berdua) dgn alasan xnak wida balik ke sarang maksiat(rumah ayu). jadi,apa yang terjadik seterusnya?jeng jeng jeng...tengoklah,or baca komen kat bawah ni...

komen:
cerita ni,ada banyak pengajaran.
1st, ustaz ni banyak termakan hasutan syaitan/nafsu (watak hattan). nak ditunjukkan betapa trick syaitan tu untuk menyesatkan manusia sgt lah halus. dr mula cerita ni,xnampak sangat pun,yang hattan tu menghasut ustaz tu ke arah zina ,tp kalau diperhatikan btui2,mmg sgt halus caranya.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

syaitan diikat dalam bulan puasa, jadik siapa sebenarnya hattan?mungkin adalah nafsu,yang dah menjadi sebahagian dari diri kita,dalam kita xsedari. bila diri dah selalu berbuat perkara2 lagha,benda tu akan jadik sebati dgn diri.sama jugak,bila dah biasa buat benda2 baik,benda tu pun akan sebati dgn diri. contohnya,kalau selalu sembahyang,tapi satu hari ni tetiba tertinggal sembahyang,dalam hati,mesti ada 1 rasa xsedap,rasa berdosa,btui x? tp,kalau xbetuikan,x nyesal, x bertaubat, xbersihkan satu titik hitam yang dah terbentuk tu, kalau terbuat dan terbuat lagi,mesti akan bertambah titik2 hitam tu,sampai terhijab hati dari hidayah Allah,dan hati pun dah xrasa apa2 bila buat dosa,nauzubillah.

Abdullah bin Mas'ud radiyallahu anhu berkata:

"Orang beriman melihat dosa-dosanya seolah-olah ia duduk di bawah gunung, ia takut gunung tersebut menimpanya. Sementara orang yang fajir (suka berbuat dosa), dosanya seperti lalat yang lewat diatas hidungnya."


“Apakah kamu tidak melihat orang yang bertuhankan hawa nafsunya sendiri?” (Al-Jaatsiyyah : 23)


semasa menggoogle untuk menulis ni,terjumpak artikel oleh ustaz hasrizal di saifulislam.com--->klik sini sila baca

2nd, ustaz ni pun, satu jugak,ada ke ajak ppuan bukan mahram duduk 1 rumah...mmg la mendekatkan kepada zina. kalau btui nak tlg,bole je antar bdk wida tu pegi ke rumah keluarga yang lain. kan dah jadik gitu,astaghfirullah
+ correct me if i'm wrong, tp bukan ke kalau nak menghukum orang tu berzina,kalau nak sebat pun kena tunggu lps dia dah bersalin? itu la sbbnya,kita kena selalu menambahkan ilmu,supaya kita xtersesat dalam hasutan syaitan,yang suka memutarbelitkan keadaan.

3rd,imam tu pun,kena la nasihatkan anak2 dia menutup aurat,baru bole jadik contoh pemimpin masyarakat.

-->ok,ini lah antara pengajaran2 yg saya dpt tgk citer melayu malam ni,mmg la sbg 1 hiburan,tp harapnya dapat pahala berkongsi pengajaran. kalau salah,tlg betulkan,saya pun cetek ilmu jugak.

tertarik dgn cerita ANTARA GARISAN ni,sangatlah benar, xsusah untuk syaitan mengheret kita melepasi satu garisan halus tu,mngajak ke arah yang mungkar.cuma kita kena kuatkan iman di dada,dan selalu berdoa dan mengharap keredhaan Allah, serta mohon Allah jauhkan kita dari syaitan yang direjam. dalam sekelip mata ja,manusia bole berubah kedudukan,dari baik kpd buruk,dan buruk kpd baik. dan percayalah,sesungguhnya,Allah itu Maha Menerima Taubat. marilah kita sama2 menasihati dan mengingati,moga kita xjadik mcm ustaz atau wida kat pnghujung cerita ni,insyaAllah.

2 comments:

hazreen baik said...

cerita apa hg tak pernah nangis cik raihan weh?

hehe. anyway thanks for the sharing. :)

raihan said...

sama2...
cita siam xnanges kot...:-P